PELAKON filem 'Parent Trap' Dennis Quaid dilapor terpaksa menangguhkan perkahwinannya bersama tunangnya Laura Savoie dipercayai gara-gara penularan COVID-19.

Dennis, 65, melamar pelajar PhD berusia 26 tahun itu pada Oktober tahun lepas semasa percutiannya ke Turtle Bay di Oahu, Hawaii.

Bagaimanapun, lapor US Weekly, Laura dan Dennis menangguhkan perkahwinan mereka disebabkan 'isu perjalanan' dan bukannya COVID-19.

Penularan wabak tersebut telah memaksa Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan darurat ekoran jangkitan yang mencapai tahap pandemik awal minggu ini.

AS juga turut mengharamkan semua rakyatnya membuat penerbangan ke semua negara Eropah kecuali di UK dan Ireland, dan terdapat beberapa larangan perjalanan lain seperti China, Korea Selatan, dan Iran.

Sementara itu, ditany tentang jurang usia 39 tahun di antara mereka, Dennis berkata menegaskan tidak terganggu dengan perkara itu.

"Tidak, ia benar-benar tidak mengganggu kami kerana saya jenis yang tidak mudah untuk jatuh cinta dan saya tidak dapat mengawal cinta yang datang kepada diri saya.

“Saya telah berkahwin tiga kali dan ini semestinya adalah kali yang terakhir dan saya bersyukur kerana mempunyai peneman hidup dalam kehidupan,” katanya.