PELAKON Diana Danielle menyangkal dakwaan suaminya, Farid Kamil, 42, berhubung penerimaan lapan bentuk cincin yang diberikan baru-baru ini.

Menurut Diana, 32, dia tidak selesa dengan kenyataan yang dibuat oleh Farid kepada media di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Selasa dan tampil memberikan reaksi.

“Sebenarnya, saya tidak menerima ‘lapan cincin’ itu. Dia memberikan kepada anak lelaki dan memberitahu untuk menyerahkan kepada saya.

“Saya tidak selesa mengenai perkara ini dan memilih tidak memberikan sebarang reaksi.

“Saya pernah menolak cincin tersebut melalui peguam, tetapi dia menggunakan anak lelaki dan memintanya untuk menyerahkan kepada saya,” katanya.

Dalam perkongsian sama, ibu kepada dua anak itu mengingatkan Farid agar tidak mengulangi tindakan tersebut dan menggunakan anak-anak sebagai perantaraan.

“Jadi, sekarang orang sudah tahu mengenai perkara itu, jadi tolong jangan serahkan sebarang hadiah menerusi anak-anak lagi,” katanya.

Terdahulu Farid memberitahu dia tetap mahu mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Diana sejak 11 tahun lalu. Malah aktor terkenal itu berkata, Diana turut menerima hadiah pemberiannya berupa enam bentuk cincin dan dua utas rantai yang diserahkan melalui anak-anaknya. - Sinar Harian