PENYANYI Sir Elton John terpaksa membatalkan konsert jelajah Farewell Yellow Brick Road selepas disahkan positif COVID-19, baru-baru ini. 

Konsert jelajah berkenaan dijadualkan berlangsung di American Airlines Center di Dallas, Amerika Syarikat selama beberapa hari mulai 25 Januari lalu.

Elton yang sinonim dengan lagu Candle in The Wind, Rocketman dan Bennie and The Jets dalam kemas kini di Instagram peribadinya berkata, beliah hanya mengalami simptom ringan, setakat ini.

Ini merupakan julung kali beliau mengadakan persembahan sejak dua tahun lalu.

Konsert jelajah ini dibatalkan tahun lalu selepas Elton, 74, terpasa menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan di pinggul.
.
Elton juga dijadualkan membuat persembahan di lokasi lain termasuk Little Rock, Arkansas dan Okhlama City hujung minggu ini.