PELAKON Emma Maembong selamat melahirkan bayi lelaki keduanya yang berat 3.4 kilogram secara normal di sebuah pusat perubatan pada Rabu.

Bersyukur dengan kurniaan Allah, berita gembira itu dikongsikan oleh suami kepada Emma iaitu Muhammad Shazli Azhar menerusi laman Instagram.

“Alhamdulillah, @emma_maembongofficial. We got another one baby boy coming in hot at 3.4 kilogram, normal labor, Allah is the greatest. @shariqgabriel big brother now,” kongsinya.

Suami Emma turut memuat naik video yang memperlihatkan wajah comel cahaya mata mereka.

Rata-rata rakan selebriti dan netizen turut teruja selain mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut serta mendoakan agar segala urusan mereka sekeluarga dipermudah.



Untuk rekod, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan itu, Emma dan suami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun. -- Gempak