Final AF Megastar: "Insya-Allah saya ada esok"- Shahir

Gempak
Oktober 21, 2017 10:00 MYT
Konsert final esok bakal menyaksikan Shahir berentap bersama empat lagi finalis iaitu Idayu, Bob, Marsha dan Syamel.
PENYANYI Shahir akui bakal muncul dalam Konsert AF Megastar Akhir pada Ahad (esok).
Shahir dalam sebuah video memberitahu Astro Gempak dia bakal meneruskan perjuangan akhirnya di AF Megastar esok.
"Insya-Allah, saya ada esok.
"Jadi jangan lupa saksikan Konsert Final AF Megastar.
"Saya ada. Ada sini," katanya.
Terdahulu, Shahir telah memuat naik status kemungkinan akan menarik diri kerana menganggap dirinya disabotaj.
Ia rentetan dari kontroversi yang terjadi antara Shahir bersama seorang pramugari bernama Mona.
BACA: 'Tarik diri hanya luahan peribadi, Shahir masih finalis AF Megastar'
BACA: Sudah lupakan Shahir, Mimi temui cinta dengan pemain bola sepak
Konsert final esok bakal menyaksikan Shahir berentap bersama empat lagi finalis iaitu Idayu, Bob, Marsha dan Syamel.
AF Megastar yang dikemudikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.
Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video
AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/
Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari www.watchod.com
Teks oleh Syafiqah Jalal
#AF Megastar #Akademi Fantasia #Mona #Shahir