#FreeKesha: Taylor Swift sumbang $250,000 kepada Kesha

Kohilah Sekaran
Februari 22, 2016 08:56 MYT
Penyanyi antarabangsa, Taylor Swift telah menyumbangkan sebanyak AS $250,000 (RM1 juta) kepada penyanyi Kesha sebagai tanda sokongan berikutan isu kontrak Sony.
Penyanyi antarabangsa, Taylor Swift telah menyumbangkan wang sebanyak AS $250,000 (RM1 juta) kepada penyanyi Kesha selepas makhamah memutuskan untuk tidak membebaskan dia daripada kontraknya bersama sebuah label di bawah syarikat rakaman gergasi, Sony.
Tindakan ini adalah sebagai sebahagian daripada pergerakkan para selebriti untuk menunjukkan sokongan kepada Kesha.
Menerusi satu kenyataan media, seorang jurucakap Taylor, Tree Paine berkata penyanyi berusia 26 tahun itu telah menyumbangkan wang sebanyak AS $ 250,000 kepada Kesha untuk membantu beliau dari segi kewangan pada masa yang sukar sebegini.
Menurut laporan portal E! Online, ibu Kesha turut mengesahkan perkara ini menerusi satu kenyataan di akaun Twitternya.
“Taylor Swift dengan murah hati menyumbang wang sebanyak AS $250,000 kepada Kesha, sebagai tanda sokongan pada masa sukar ini. Menakjubkan!”
Sebelum ini, rakan selebriti seperti Kelly Clarkson, Ariana Grande, Lorde dan Demi Lovoto turut menyuarakan sokongan mereka terhadap Kesha di media sosial.

My heart is with @KeshaRose. /p>— Ariana Grande (@ArianaGrande) February 19, 2016

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

standing with @KeshaRose through this traumatic, deeply unfair time. send good vibes her way everyone

— Lorde (@lorde) February 19, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#FreeKesha this is only gonna make you stronger, you brave and beautiful girl. Prayers are with you @KeshaRose

— Demi Lovato (@ddlovato) February 20, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Jumaat lalu, keputusan mahkamah untuk tidak membebaskan Kesha daripada kontrak Sony mencetuskan kemarahan orang ramai.
Ia berikutan kes mahkamah antara Kesha dan penerbit muzik, Lukasz Sebastain atas kes gangguan fizikal dan seksual.
#Kesha #sokongan #Taylor Swift