Fresh Prince of Bel-Air bakal kembali, siapa bertuah ganti Will Smith?

Agensi
September 2, 2021 10:30 MYT
Will Smith menerusi satu panggilan video membuat kejutan kepada Jabari Banks bahawa dia terpilih untuk membawa watak Will dalam reboot sitkom. - Foto YouTube/Peacock
NEW YORK: Masihkah anda ingat wajah 'jambu' pelakon Hollywood, Will Smith dalam sitkom popular sekitar 1990-an, Fresh Prince of Bel-Air?
Ketika reboot (pembikinan semula) sitkom itu dibincangkan, ramai yang tertanya siapa yang selayaknya membawa watak utama lakonan asal Smith itu.
Selasa lalu, aktor itu menerusi satu panggilan video membuat kejutan kepada aktor Jabari Banks apabila memaklumkan dia terpilih untuk membawa watak itu dalam sitkom berkenaan.
"Saya teruja dan gembira bertemu kamu dan dari lubuk hati, saya ingin mengucapkan tahniah.
"Anda terpilih untuk melakonkan watak Will di Bel-Air," kata Smith ketika menyampaikan berita gembira itu kepada Banks.
"Saya bersedia..saya bersedia," balas pelakon muda itu yang mendedahkan bahawa ayahnya yang memintanya untuk menyertai uji bakat selepas membaca satu artikel yang disiarkan baru-baru ini.
Banks yang teruja dengan berita itu memberitahu, tawaran tersebut disifatkannya saling tidak ubah seperti impian menjadi kenyataan.
#Will Smith #Fresh Prince of Bel-Air #sitkom #Jabari Banks