Google akan tamatkan penawaran Google One VPN tahun ini

Amanz
April 12, 2024 10:42 MYT
Tiada tarikh pasti diberikan, selain hanya menyatakan sokongan berkenaan akan ditamatkan pada tahun ini. -Gambar fail
GOOGLE kini memaklumkan pengguna dan pelanggan Google One bahawa mereka akan menghentikan penawaran Google One VPN pada tahun ini.
Buat masa ini, tiada tarikh pasti diberikan, selain hanya menyatakan sokongan berkenaan akan ditamatkan pada tahun ini.
Google One VPN merupakan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan Google One, dalam usaha memberikan lebih privasi ketika melayari web.
Namun, ia dilihat ciri berkenaan tidak begitu popular dan tidak digunakan ramai untuk membuatkan Google mengekalkannya.
Namun, Google mengatakan untuk pengguna Pixel, ciri Pixel VPN akan terus boleh digunakan seperti biasa tanpa sebarang perubahan untuk pengguna Pixel 7 dan terkini. -Amanz
#Google #Google One VPN #privasi ketika melayari web #Pixel VPN