Hari Ibu: Siti doa yang terbaik buat ibu dan mertua

Astro Awani
Mei 12, 2013 13:11 MYT
Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza sedih tidak dapat berada di sisi ibunya sempena Hari Ibu pada Ahad.
Ini kerana beliau sibuk mempromosikan produk terbaru Simplysiti.
Walaubagaimanapun, Siti berkata beliau sempat mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibunya, Siti Salmah Bachik menerusi telefon.
Siti juga turut mengucapkan salam Hari Ibu menerusi laman sosial Instagramnya dan mendoakan yang terbaik buat ibu serta ibu mertuanya.
Ikuti laporan yang disediakan Gala TV.
#Hari Ibu #simplysiti #Siti Nurhaliza