Pada Jumaat, Astro Gempak mengeluarkan artikel mengenai pelakon dan pelawak Zizan Razak mengaku banyak melakukan kesilapan sepanjang percintaannya dengan aktres Emma Maembong sehingga mereka berpisah.
Tidak lama selepas itu Zizan telah memuat naik sekeping foto yang menunjukkan mereka berdua seakan kembali berdamai di laman Instagram miliknya iaitu Zizanrazak869.
Menerusi foto tersebut, Zizan telah menulis kapsyen tanda syukur kehadrat ilahi dan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan hubungan mereka sehingga kembali pulih seperti sedia kala.
“Alhamdulillah..terima kasih Allah…terima kasih doa-doa yang baik dari anda semua..i love you sayang,” luah Zizan menerusi foto tersebut.
Foto tersebut menerima respon positif oleh pengikut dan peminat setianya yang rata-rata mendoakan hubungan mereka baik seperti sedia kala dan berharap agar pasangan itu segera mendirikan rumah tangga.
Sebelum ini, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pengakuan Emma Maembong yang mendakwa hubungan cintanya dengan Zizan Razak telah berakhir.
Punca utama mereka berpisah disebabkan timbul salah faham di antara mereka di samping tindakan pelawak kelahiran Terengganu itu yang sering menghabiskan masa dengan aktiviti kereta sehingga melupakan Emma yang terpaksa bersabar dengan sikapnya.
Pelbagai spekulasi timbul mengenai perpisahan mereka sehingga turut mengaitkan pelakon Kamal Adli yang kononnya menjadi punca keretakan hubungan cinta pasangan ini.
Kamal yang terkejut dengan tuduhan tersebut menafikan sekeras-kerasnya khabar angin itu yang disifatkannya hanya akan lebih memburukkan keadaan. - Astro Gempak
Gempak
Sat Jan 10 2015
Sebelum ini dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pengakuan Emma Maembong yang mendakwa hubungan cintanya dengan Zizan Razak telah berakhir. - Foto Instagram
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Insiden 'one by one, gentleman': Pemilik kedai, pelanggan berbaik atas semangat perpaduan
Goh Yap Eng dan seorang lagi lelaki yang terlibat dalam pergaduhan itu mencapai kata sepakat untuk menarik balik kes masing-masing.
Mahkamah nasihat Diana Danielle, Farid Kamil berdamai
Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari di sini pada Selasa, menasihati Diana Danielle dan suaminya, Farid Kamil berdamai.
PSM mahu 'berdamai' dengan ASTAF
PSM akan memulakan perbincangan dan langkah 'pendamaian' dengan ASTAF.
Muhyiddin, Anwar perlu berdamai dan berunding
Pemimpin politik daripada kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang perlu berfikiran lebih besar dan perlu henti berpolitik supaya negara tidak terjebak dalam kitaran sandiwara politik yang berterusan.
Sudan, negara Islam terbaharu iktiraf Israel
Pengumuman Donald Trump itu sekali gus memperlihatkan kejayaan diplomatik beliau menjelang pilihan raya presiden AS awal November depan.
Berdamai: Seoul-Pyongyang setuju adakan perbincangan ketenteraan
Pyongyang juga memaklumkan akan menghantar delegasi ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 yang bakal berlangsung pada Februari ini di Seoul.
Hubungan cinta kembali bertaut, Zizan Razak panjatkan kesyukuran di Instagram
Menerusi foto di Instagram, Zizan bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan hubungan mereka kembali pulih.