Infografik: Apa itu 'Kotak Hitam'?

Nur Alya Mohamed
Januari 15, 2015 10:08 MYT
Kotak hitam atau black box adalah peranti rakaman elektronik yang digunakan dalam bidang pengangkutan- umumnya merujuk kepada perakam dalam pesawat udara.
Anggota kumpulan penyelam Indonesia pada Ahad berjaya menemui kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas pada 28 Disember lalu bersama 162 penumpang, kata Kementerian Perhubungan Indonesia (KEMENHUB).
Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan menjumpai kotak hitam kedua pesawat AirAsia Indonesia QZ8501. Kotak hitam kedua yang mengandungi perakam suara kokpit itu kini berada di Jakarta untuk dianalisis.
Kotak hitam atau black box adalah peranti rakaman elektronik yang digunakan dalam bidang pengangkutan- umumnya merujuk kepada perakam dalam pesawat udara.
Berikut adalah infografik yang menjelaskan tentang apa itu 'kotak hitam' dan fungsi-fungsinya.
#infographics #kotak hitam