Ini kata-kata Kamal Adli tujukan kepada Emma Maembong
Gempak
Januari 29, 2019 04:00 MYT
Januari 29, 2019 04:00 MYT
PELAKON Kamal Adli tampil memberi kata-kata semangat kepada aktres Emma Maembong.
Isu penyebaran foto tidak bertudung Emma bersama abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman hangat diperkatakan ramai semenjak semalam.
Menerusi ruangan komen Emma di laman Instagram, Kamal berharap agar pelakon itu tabah dengan ujian yang dihadapi dan sentiasa positif melalui dugaan ini.
"Stay strong ya. Allah kan ada," tulis Kamal ringkas di ruangan komen Emma.
Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Kamal walaupun hubungannya dengan Emma telah putus dan mereka mendoakan agar dia akan bertemu dengan seseorang insan lain pada masa depan.
Semalam, beberapa gambar tidak bertudung Emma bersama Syed tersebar di laman sosial mula mendapat perhatian ramai pihak.
Emma mengaku salah dan memohon maaf atas kekhilafannya, manakala Syed tampil mempertahankan Emma.
Sejak kebelakangan ini, Emma dilihat menjalinkan hubungan mesra bersama abang kepada Syed Saddiq itu.
Pada 19 Januari lalu juga, Emma memuat naik gambar bersama Syed Abdullah ketika melancong di Dubai termasuk ucapan hari jadi.