Jangan risau Mama, segala-galanya akan baik sahaja - Tunku Ismail

Asyraf Roslan
Mei 2, 2019 01:14 MYT
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menenangkan bondanya yang bersedih. - Gambar Fail/BERNAMA
Hati ibu mana yang tidak terusik jika anaknya dicerca dan diperli susulan terdapat perbezaan pendapat dalam beberapa isu sejak kebelakangan ini.
Justeru menerusi satu entri di laman Twitter rasmi Tunku Mahkota Johor ( TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menenangkan ibunya Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang sebelum itu memuat naik status di Facebook mezahirkan rasa dukacitanya terhadap tindakan sesetengah pihak yang tidak menghormati keluarga diraja Johor.
"Jangan risau Mama, segala-galanya akan baik sahaja. Tidak kira betapa gelapnya ribut melanda, ia akan sentiasa ada sinar mentari. Ini Janjiku kepadamu, wahai ibuku. ALLAH peliharakan Sultan," kata Tunku Ismail di Twitternya.

Dont worry Mama. Everything is going to be alright. No matter how dark the storm may be, there will always be sunlight. I Promise you. ALLAH Peliharakan Sultan. pic.twitter.com/GCJ2XdXzKp

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) May 1, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Antara perkongsian Raja Zarith Sofiah di status Facebooknya ialah perasaannya sebagai ibu apabila anaknya dihina dan dikeji serta melihat anak kesayangannya pergi buat selama-lamanya.
Malah Raja Zarith Sofiah juga berasa tertekan apabila sesetengah pihak yang menjadikan anakandanya sebagai hiburan tanpa memikirkan bahawa mereka juga pernah melakukan kesalahan.
"Kepada mereka, saya berdoa semoga ALLAH SWT mengurniakan taufiq dan hidayahNya dan kepada mereka yang memberi nasihat kepada anak-anak saya, saya mengucapkan terima kasih dengan hati yang ikhlas," kata Permaisuri Johor.
Pada tahun 2015, Raja Zarith Sofiah kehilangan anakandanya, Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Jalil Sultan Ibrahim yang mangkat akibat penyakit kanser.
#anak #Facebook #Raja Zarith Sofiah #TMJ #Tunku Ismail Sultan Ibrahim #Twitter