'Inilah putera pertama selepas penantian 7 tahun' - Danny X-Factor dedah wajah anak... comelnya!

Gempak
Mac 1, 2019 08:00 MYT
Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa, 38 berkata dia memuat naik foto puteranya itu untuk tatapan teman-temannya di Instagram.
PELAKON dan penyanyi Danny X-Factor mendedahkan wajah cahaya mata pertamanya yang baru sahaja dilahirkan semalam.
Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa, 38 berkata dia memuat naik foto puteranya itu untuk tatapan teman-temannya di Instagram.
“Buat tatapan teman-teman semua ... Inilah putera kami yang pertama selepas penantian selama 7 tahun..” tulisnya di kapsyen.
Danny juga turut mengambil kesempatan berterima kasih kepada isterinya, Lyn Khardanie yang berkorban nyawa melahirkan zuriatnya.
“Terima kasih jugak to my wife yg bersusah payah selama 38 minggu 2hari hamilkan dan melahirkan anak kami.
“Thank you semua yang doa dan wish tahniah. Syukur Alhamdulillah,” katanya lagi.
Rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dan memuji wajah bayinya yang comel.
#anak #Anak Pertama #Danny X-Factor #Instagram #isteri #kelahiran #Mohd Khardanie Anwa