LOS ANGELES: Pelakon komedi popular, Jack Black kembali memainkan watak utama Po dalam siri terbaharu Kung Fu Panda: The Dragon Knight.

Siri animasi popular ini akan menemui peminat dalam premier terbaharunya di Netflix pada 14 Julai ini.

Ini adalah kali pertama Black kembali memainkan suara watak itu selepas kali terakhir enam tahun lalu.

Berkongsi keterujaan, kata Black, dia tidak teragak-agak untuk menerima tawaran Netflix memainkan watak itu kerana terlalu rindukan filem itu.

Malah, katanya, selepas berborak bersama pengarah filem, Peter Hastings, dia tertarik apabila produksi dan idea siri terbaharu ini lebih menarik dan mencabar.

Filem itu dipecahkan kepada 11 episod.

Selain Black, aktor James Hong turut kembali memainkan watak Mr Ping iaitu bapa kepada Po dalam Kung Fu Panda.


Kung Fu Panda | Jack Black kembali sebagai Po