ISTERI kepada penyanyi rap, Caprice, Farra Inalis mengakui kehidupan sebagai seorang berstatus janda dan ibu tunggal benar-benar mencabar.
Farra Inalis atau lebih mesra dengan panggilan Elis berkongsi perkara itu menerusi coretan panjang di akaun Instagramnya.
Menurut Elis, saat perceraian merupakan pengalaman paling pahit buat dirinya lebih-lebih lagi apabila status janda itu sering dipandang serong oleh masyarakat.
“Sedikit perkongsian tentang perjalanan hidup Elis hanya bertujuan untuk memberi semangat kepada ibu tunggal di luar sana atau wanita-wanita yang rasa diri mereka tak cukup bagus dan hilang keyakinan diri.
“Elis pasti semua yang pernah merasai perpisahan atau bercerai memang pengalaman paling pahit untuk di telan.
“Ibarat jatuh ke lubang yang paling dalam dan gelap, hilang segala hala tuju, terasa dunia gelap gelita serta merta.
"Paling sedih bila 'janda' selalu dipandang serong oleh sesetengah pihak!” coretnya.
Bercerita lanjut mengenai kehidupannya, Elis berkongsi dia pernah melalui kesusahan sehingga mengalami depresi.
“Elis start dari zero, pernah hanya ada duit RM15 dalam purse dan pergi mamak untuk beli nasi goreng (makan half petang, half malam) untuk survive.
“Diri ni rasa useless gila, tak boleh beli mainan untuk anak dan Elis terpaksa sacrifice untuk beri hak jagaan anak pada my ex demi kebaikan dia.
“Sebab Elis tak mampu untuk beli pampers and susu adik time tu, pergi kerja naik motor, sebab memang tak boleh nak afford minyak kereta.
"Elis depressed, menangis setiap malam,” kongsinya.
Tidak cepat mengalah, Elis bagaimanapun berusaha memperbaiki kehidupannya tanpa putus asa.
“Aleesya ibarat malaikat yang Allah pinjamkan untuk bagi kekuatan supaya Elis terus usaha dan berjuang tanpa rasa putus asa.
“Elis pernah kerja berdiri depan bank untuk bagi brochure, Elis pernah pergi ketuk pintu rumah-rumah flat untuk cari sales.
“Elis pernah jaga booth dalam Tesco kejar-kejar customer, pernah naik motor dalam hujan atau panas. Kereta nak kena tarik sebab tak bayar 3 bulan ++.
“Macam-macamlah! Kalau fikir balik memang tak masuk akal dan tak tahu macam mana Elis boleh hadap semua ni.
“Tapi satu benda Elis nak beritahu, percayalah, setiap dugaan yang kita lalui tu akan melonjakkan kita ke level lain, pemikiran akan lebih matang!
“Sesiapa sahaja boleh berjaya, boleh capai apa yang mereka impikan. Paling penting USAHA! Jangan pernah ragu dengan janji Allah.
“Dia tak pernah menipu… Alhamdulillah, rupanya Allah nak bagi rezeki yang melimpah ruah selepas segala kepahitan yang Elis lalui sebelum ini.
“Setiap orang dugaan berbeza, yang tengah ada masalah sekarang. Elis faham sangat apa korang rasa, Elis doakan korang sabar dan kuat okey,” coretnya.
Terdahulu, foto Caprice yang sedang menyarung cincin di jari manis seorang gadis mencetuskan pelbagai pertanyaan netizen.
BACA: Wanita Kelantan jadi pilihan hati Caprice
Berita tersebut pada mulanya dikongsi oleh individu bernama Yasser Khan menerusi ruangan Insta Story miliknya.
Bagaimanapun perkongsian itu dikongsikan semula oleh penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz.
Seakan mengesahkan berita gembira itu, Caprice kemudiannya berkongsi sepotong video daripada majlis pernikahannya bersama Elis di akaun Instagramnya.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Sat Nov 27 2021
Istei kepada penyanyi rap, Caprice, Farra Inalis mengakui kehidupan sebagai seorang berstatus janda dan ibu tunggal benar-benar mencabar. -Gempak/Instagram
TPM mahu lebih ramai anak muda sabah diberi pendidikan TVET
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu lebih ramai anak muda di Sabah diberi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi menampung permintaan tenaga mahir daripada pelabur asing atau domestik di negara ini.
Warga emas melecur kebakaran dua rumah di Kota Belud
Wanita warga emas melecur dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Payas-Payas, Kota Belud, petang Sabtu.
Budak perempuan 7 tahun maut dua kenderaan bertembung
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Persiaran Indah Utama, Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.
Kerajaan dan Tabung Haji utamakan keselamatan jemaah haji
Mohd Na'im menjelaskan, kerajaan Arab Saudi juga berusaha memastikan urusan menunaikan rukan Islam kelima berjalan lancar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
'Ramai ada penyakit hati' - Isteri Caprice selar netizen komen buruk tentang Shuib-Watie
Dalam hantaran yang sama juga, Elis menasihatkan lebih baik berdiam diri sekiranya tiada kata-kata positif untuk diperkatakan.
Isteri terima kiriman mesej bukan-bukan, Caprice beri masa 24 jam untuk pengirim mohon maaf
Orang ramai boleh benci dirinya, tetapi jangan sesekali ganggu isteri dan anaknya, tegas Caprice.
'Jangan pernah ragu dengan janji Allah' - Farra Inalis seru ibu tunggal agar yakin, terus berusaha
Menurut Elis, saat perceraian merupakan pengalaman paling pahit buat dirinya lebih-lebih lagi apabila status janda itu sering dipandang serong oleh masyarakat.