Jangan tonton trailer 'Spider-Man: Far From Home' jika... - Tom Holland

Asyraf Roslan
Mei 7, 2019 04:29 MYT
Tom Holland menasihatkan kepada peminat filem marvel supaya menonton filem Avengers Endgame terdahulu jika tidak mahu tahu mengenai "Spoiler" - Gambar Twitter/Razer
JANGAN tonton trailer 'Spider-Man: Far From Home' jika anda belum lagi menyaksikan 'Avengers: Endgame'.
Itu adalah pesanan pelakon utama Spider-Man, Tom Holland yang muncul pada awal trailer terbaharu itu.
Menurutnya, anda perlu menonton filem "Avengers: Endgame" terlebih dahulu kerana terdapat spoiler dalam trailer terbaharu filemnya itu.
Selain Tom Holland, filem kerjasama di antara Marvel Studio dan Sony Pictures ini dibintangi oleh Samuel L. Jackson, Zendaya, Cobie Smulders, Jacob Batalon dan Marisa Tomei.
BACA: 'Mana Black Widow?' - Foto Iron Man bersama pelakon wanita Avengers: Endgame tular
BACA: Sedang asyik tonton 'Avengers: Endgame', tiba-tiba basah kuyup
Filem arahan Jon Watts ini akan menemui peminat pada 2 Julai 2019.
Filem "Avengers: Endgame" dilapor telah mendapat kutipan sebanyak AS$2 bilion dalam masa 11 hari tayangan.

AMARAN! Jangan tonton trailer "Spider-Man: Far From Home" di bawah jika anda belum lagi menyaksikan "Avengers: Endgame".
#Avengers Endgame #Marvel #MCU #Spider-Man #Spiderman Far From Home #Tom Holland