PELAKON Hollywood Jeremy Renner memaklumkan lebih daripada 30 tulang dalam badannya patah selepas mengalami kecederaan serius ketika membersihkan salji pada Tahun Baharu.
Dalam catatan terbaharu di akaun Twitter miliknya, bintang Avengers itu berkata, keadaannya semakin pulih namun menjelaskan insiden itu telah mengubah cara hidupnya.
"Insiden ini merupakan satu tragedi kepada keluarga saya namun ia telah menguatkan lagi perasaan kasih sayang antara kami.
"Lebih 30 tulang dalam badan saya yang patah ini akan pulih dan menjadi semakin kuat seperti perasaan kasih sayang antara ahli keluarga dan rakan," tulisnya.
Renner, 51 tahun, mengalami kecederaan di bahagian dada serta kecederaan ortopedik yang lain ketika membersihkan salji di rumahnya di Nevada.
Kejadian berlaku ketika Amerika Syarikat (AS) dilanda salji lebat di beberapa negeri dan mengorbankan puluhan mangsa.
Renner dikatakan dihempap bajak sajli seberat 6 tahn yang bergerak sendiri selepas menggunakannya untuk mengeluarkan kenderaan miliknya dari timbunan sajli.
Astro Awani
Sun Jan 22 2023
Foto di hospital ketika menjalani rawatan yang dikongsi Renner di akaun Twitter miliknya. - Foto Twitter/@JeremyRenner
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
Kritikal digilis jentolak, Jeremy Renner akui sempat tulis 'surat terakhir'
Sambil menahan sebak, Renner mengakui dia pasti akan maut sekiranya berkeseorangan di tempat kejadian.
Jeremy Renner semakin pulih, lebih 30 tulang patah
Keadaannya semakin pulih namun menjelaskan insiden itu telah mengubah cara hidupnya.
'Hawkeye' Jeremy Renner semakin pulih
Bintang Avengers itu membuat naik satu swafoto di akaun Instagram miliknya serta mengucapkan terima kasih kepada peminatnya.
'Hawkeye' Jeremy Renner cedera, kini dalam keadaan kritikal tetapi stabil
Menurut laporan Variety, keluarga Renner kini sedang bersamanya dan pelakon itu menerima penjagaan yang sangat baik.