KECOH baru-baru ini apabila penyanyi popular Justin Bieber apabila disahkan menghidap sindrom Ramsay Hunt.

Sindrom itu mengakibatkan wajahnya lumpuh sebelah.

Susulan daripada itu, Justin terpaksa menunda konsertnya yang sudah dijadualkan dan perkara itu sekali gus mengejutkan ramai peminat termasuk di Malaysia.

BACA: Justin Bieber alami 'kelumpuhan muka', terpaksa batalkan konsert

Namun, pasti ramai yang tertanya apakah sebenarnya sindrom berkenaan dan bagaimana ia memberi kesan kepada seorang individu itu.

Punca?

Untuk makluman, Sindrom Ramsay Hunt (herpes zoster oticus) berlaku apabila wabak kayap menjejaskan saraf muka berhampiran salah satu telinga anda.

Selain ruam kayap yang menyakitkan, sindrom Ramsay Hunt boleh menyebabkan lumpuh muka dan kehilangan pendengaran pada telinga yang terjejas.

Sindrom Ramsay Hunt disebabkan oleh virus yang sama yang menyebabkan cacar air.

Selepas cacar air hilang, virus itu masih hidup dalam saraf anda.

Beberapa tahun kemudian, ia mungkin diaktifkan semula dan apabila ia berlaku, ia boleh menjejaskan saraf muka anda.

Gejala?

Menurut laman Mayo Clinic, sindrom Ramsay Hunt mempunyai dua simptom utama iaitu ruam merah menyakitkan dengan benjolan berisi cecair di dalam dan di sekeliling telinga.

Kedua, lumpuh di bahagian muka yang dekat dengan telinga yang dijangkiti.

Biasanya, ruam dan lumpuh muka berlaku serentak. Bagaimanapun, salah satu gejala juga boleh muncul terlebih dahulu.

Jika anda menghidapi sindrom Ramsay Hunt, anda mungkin juga mengalami:


Pencegahan

Kanak-kanak kini secara rutin diberi vaksin terhadap cacar air bagi mengurangkan peluang untuk dijangkiti virus cacar air.

Vaksin kayap untuk orang berumur 50 tahun ke atas juga disyorkan.

Difahamkan, rawatan segera bagi sindrom Ramsay Hunt boleh mengurangkan risiko komplikasi, yang boleh merangkumi kelemahan otot muka yang kekal dan pekak.

*Artikel asal disiarkan di Gempak