Kata-kata indah Syamsul Yusof kepada isteri sempena ulang tahun perkahwinan

Gempak
Mac 9, 2019 05:16 MYT
Meraikan hari bahagia itu, Syamsul memuat naik foto beserta ucapan sempena hari istimewa pasangan berkenaan.
PELAKON dan pengarah, Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana baharu sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima semalam.
Meraikan hari bahagia itu, Syamsul memuat naik foto beserta ucapan sempena hari istimewa pasangan berkenaan.
“Salam ulang tahun perkahwinan yang ke-5 isteriku... Terima kasih kerna menjadi isteri yang baik dan taat selama ini. Terima kasih juga lahirkan anak lelaki saya yang comel Syaikhul Islam. Awak selalu pesan dialah harta saya yang sebenar. Ye sayang saya takkan lupa.
“Saya tak mampu balas semuanya sayang, cuma berdoa semoga awak mendapat keberkatan dan syurga Allah diakhirat nanti. Saya sayangkan awk dan anak kita selamanya,” tulisnya.
Perkongsian Syamsul di laman sosial Instagramnya itu mendapat pujian pengikut yang rata-ratanya mendoakan kebahagiaan pasangan selebriti itu.
Terdahulu, Puteri Sarah dan Shamsul Yusof berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Syaikhul Islam yang kini berusia dua tahun.
Dalam perkembangan terbaru, Sarah kini hamil anak kedua.
Foto: Instagram @syamsulyusoffilm
#Syamsul Yusof #ulang tahun