Keadaan memaksa penyanyi Shima berniaga tepi jalan
Sinar Harian
Disember 16, 2018 13:25 MYT
Disember 16, 2018 13:25 MYT
PENYANYI popular sekitar era 90-an, Shima mengakui gara-gara keadaan semasa membuatkannya terpaksa untuk berniaga tepi jalan.
Shima atau Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, berkata, meski ada yang mengutuk di belakangnya namun demi rezeki dia akur dengan peluang yang ada di depan mata.
“Apa yang boleh saya buat, sudah itu sahaja peluang yang ada ketika ini. Keadaan memaksa saya berniaga demi mencari sesuap rezeki.
“Kalau nak diharapkan undangan persembahan, mungkin saya terpaksa ikat perut dan tidak makan kerana sejak beberapa tahun lalu saya sudah jarang menerima undangan persembahan,” katanya kepada sebuah media hiburan lain.
Selain mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada orang awam, ada juga peminat yang sanggup datang dari jauh.