Minggu demi minggu telah menyaksikan beberapa penyingkiran telah berlaku dalam Fear Factor Malaysia 2 (FFM 2), kini tibalah masanya detik penentuan bagi menentukan siapa yang bergelar juara.
Selepas mengharungi pelbagai cabaran hebat akhirnya empat pasangan telah berjaya memasuki peringkat akhir FFM 2.
Mereka ialah Erin Malek dan Redha, Nas-T dan Kairul bagi kumpulan A manakala Azura dan Rechel serta Shuib dan Zakaria mewakili kumpulan B.
Malam ini bakal menyaksikan pasangan hebat ini berentap dengan cabaran yang lebih dasyat iaitu ‘Prison Break’, ‘Parit Bangkai Kambing’ serta ‘Bumi, Langit, Air dan Api’.
Mendengarkan nama cabaran sahaja sudah cukup digeruni apatah lagi cabaran sebenar yang bakal mereka tempuhi.
Nampaknya persaingan sengit bakal tercetus pada pada malam ini memandangkan empat pasangan ini bukanlah calang-calang apabila mereka sering menyempurnakan cabaran dengan masa yang pantas.
Jadi bagaimanakah mereka menempuh setiap cabaran tersebut?
Mungkinkah setiap pasangan mempunyai strategi tersendiri?
Dan siapa pula yang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000 seklaigus merangkul gelaran juara?
Sama-sama kita nantikan dalam episod kemuncak Fear Factor Malaysia 2 malam ini!
Juara Fear Factor Malaysia 2 akan membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai berjumlah RM200,00 manakala pemenang bagi cabaran mingguan akan membawa pulang RM10,000.
Fear Factor Malaysia bersiaran secara eksklusif pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran104) serta siaran serentak di Astro Maya HD (saluran 135). Program ini juga boleh ditonton menerusi perkhidmatan aplikasi Astro-On-The-Go.
Manakala Akses Fear Factor Malaysia pula akan bersiaran setiap Isnin, jam 9.00 malam.
Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan serta video pasangan Fear Factor Malaysia pilihan anda di lawan web rasmi www.fearfactor.com.my , laman facebook di www.facebook.com/FearFactorMalaysia dan twitter rasmi di www.twitter.com.FearFactorMY
Gempak
Sun May 11 2014
Medan akhir Fear Factor Malaysia 2, RM200,000 milik siapa?
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Kemuncak Fear Factor Malaysia 2 malam ini, RM200,000 milik siapa?
Selepas mengharungi pelbagai cabaran hebat akhirnya empat pasangan telah berjaya memasuki peringkat akhir FFM 2.