Penyanyi Rock Awie dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mencederakan bekas isterinya Rozana Misbun oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini selepas kedua-dua pihak bersetuju kes diselesaikan dengan cara membayar kompaun RM10,000 dan Awie memohon maaf.
Vokalis kumpulan Wings, yang nama sebenarnya ialah Ahmad Azhar Othman, 48, kemudiannya memohon maaf secara terbuka kepada Rozana, 38.
"Saya Ahmad Azhar Othman dengan tulus ikhlas dan suci hati, dengan mengambil kira kebajikan anak-anak dan demi menjimatkan masa mahkamah yang mulia ini, dengan ini mengemukakan permohonan maaf kepada Rozana.
"Saya dan Rozana bersetuju bahawa ini merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan episod hitam di dalam hidup kami bagi meneruskan perjalanan hidur kami masing-masing," kata penyanyi itu yang memakai kot dan kemeja serba hitam pada prosiding yang sepatutnya ditetapkan untuk perbicaraan.
Terdahulu, Majistret Ayuni Izzati Sulaiman bertanyakan Rozana sama ada dia bersetuju kesalahan bekas suaminya dikompaun sebanyak RM10,000 dan wanita itu yang memakai kemeja putih dan berselendang hitam menganggukkan kepalanya.
"Memandangkan kedua-dua pihak bersetuju kesalahan ini diselesaikan mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah, mahkamah dengan ini bersetuju dan membenarkan kompaun RM10,000 dibayar kepada pengadu (Rozana) dan mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh daripada tuduhan tersebut.
"Selepas ini teruskan dengan kehidupan baharu, ambil yang manis, buang yang pahit," katanya.
Mahkamah turut memerintahkan wang ikat jamin RM9,000 dipulangkan semula kepada Awie.
Bapa kepada lima orang anak yang popular dengan lagu 'Tragedi Oktober' membayar kompaun itu.
Mahkamah sebelum ini mendengar keterangan lapan saksi pihak pendakwaan termasuk Rozana.
Pada 4 Julai 2014, Awie mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencederakan Rozana di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun 2014 di Mahkamah Majistret Ampang.
Penyanyi itu bagaimanapun sekali lagi didakwa dan minta dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan Rozana di kaunter PNB Jalan Tun Razak di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014.
Awie yang diiringi sembilan rakan ketika ditemui pemberita meluahkan rasa lega dan gembira kerana kes itu dapat diselesaikan dengan baik.
"Sekiranya kes ini berlanjutan, ia tidak memberi apa-apa faedah kepada saya, masa depan, kerjaya dan anak-anak. Ini adalah satu perkara yang paling baik dan insyaAllah saya boleh meneruskan kehidupan dan kerja saya dengan lebih baik selepas ini.
"Terima kasih pada mahkamah, peguam, keluarga dan kawan-kawan saya yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya selama ini," katanya.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin dan Goh Ai Rene manakala Awie diwakili peguam Hazman Harun.
Bernama
Mon Mar 07 2016
Penyanyi rock tanah air, Ahmad Azhar Othman atau Awie hadir di Mahkamah Majistret Ampang bagi perbicaraan kes beliau mencederakan isterinya Rozana, pada 12 Mac tahun lalu. - Gambar Bernama
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Rusia larang rakyatnya kunjungi AS
Menerusi satu taklimat, Rusia memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak mengunjungi Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain, atas alasan mereka boleh ‘diburu’ oleh pihak berkuasa di negara tersebut.
'Saya ada sahabat perlu dijaga' - Awie utama rezeki dengan Wings, korban kerjaya solo
Menurut Awie, dia kini lebih selesa untuk sama-sama mencari rezeki dengan anggota kumpulan Wings yang lain.
Konsert Fabulous Friday: 'Saya kecewa tidak dapat berikan yang terbaik' - Awie
Legenda rock tanah air, Datuk Awie mengakui kecewa tidak dapat memberikan persembahan terbaik pada malam kedua Konsert Fabulous Friday.
Siasatan belum selesai, Polis Melaka nafi sudah keluarkan kompaun terhadap Awie
Menurut Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Razali Abu Samah, setakat ini pihaknya hanya mengambil keterangan dan tiada sebarang kompaun telah dikeluarkan seperti didakwa.
Wings hadiahkan Konsert Kita Merdeka sempena 35 tahun dalam muzik
Konsert norma baharu secara langsung tanpa penonton itu dirancang dalam masa dua bulan dan Wings menjadi artis pertama di negara ini melakukannya.
Sukar bernafas, Awie dirawat di hospital
Datuk Awie kini terlantar di hospital Ampang Puteri selepas mengadu sukar untuk bernafas.
Awie berdoa diberi peluang bertemu anak-anak
Awie mengakui masih belum berkesempatan berjumpa dengan anak-anaknya.
Muka saya garang, tapi dalam hati ada taman - Awie
Vokalis kumpulan Wings, Awie mengakui ramai atis muda takut untuk menegurnya kerana dia mempunyai raut wajah yang garang.
Awie kahwin hujung minggu ini di lokasi rahsia
Vokalis kumpulan Wings Awie mengakui bakal berkahwin pada hujung minggu ini, tetapi merahsiakan lokasi perkahwinannya itu.
Awie didenda RM2,000 kerana cederakan bekas isteri
Majistret menjatuhi hukuman itu selepas Awie menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
'Patah hidung kerana saya? Tolonglah berhenti berbohong' - Awie
Penyanyi dan pelakon Awie, tidak terkejut dengan tindakan terbaru isterinya, Rozana Misbun yang mahu mengemukakan saman kerana mendakwa 'patah hidung' akibat dipukul olehnya.