KUALA LUMPUR: Kes saman difailkan sebuah syarikat produksi terhadap pelakon Ben Amir, yang didakwa melanggar perjanjian selepas enggan menjadual semula penggambaran drama yang tertangguh akibat COVID-19, diselesaikan secara baik di Mahkamah Sesyen di sini.
Penyelesaian kes itu dicapai oleh kedua-dua pihak selepas Ben Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 32, selaku defendan bersetuju membayar RM100,000 kepada plaintif, Elisa Vision Sdn Bhd.
Berdasarkan perintah persetujuan itu, Hakim Tasnim Abu Bakar berkata Muhammad Amir perlu membayar RM100,000 secara ansuran sebanyak lima kali iaitu RM20,000 setiap kali bayaran bermula 10 Mei ini.
"Sekiranya defendan (Muhammad Amir) gagal membayar wang itu (RM100,000), maka jumlah asal yang dituntut plaintif dalam kes saman iaitu RM211,477 perlu dikembalikan oleh defendan," kata hakim itu yang kemudiannya merekodkan perintah persetujuan berkenaan.
Mahkamah turut merekodkan penarikan semula tuntutan balas difailkan pelakon drama 'Sweet Dreams' itu terhadap syarikat produksi tersebut. Hari ini ditetapkan untuk perbicaraan hari pertama kes saman itu.
Pada Mac tahun lepas, Elisa Vision memfailkan saman itu setelah mendakwa pelakon berkenaan melanggar perjanjian selepas enggan menjadual tarikh baharu penggambaran drama bersiri bertajuk 'Demi'.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif berkata penglibatan defendan dalam penggambaran drama tersebut adalah sebanyak 13 hari membabitkan 85 babak bagi tiga episod.
Bagaimanapun, plaintif mendakwa ketika penggambaran di Scotland, pandemik COVID-19 mula melanda namun penggambaran masih diteruskan dengan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Plaintif mendakwa pada 27 Mac 2020, defendan telah pulang ke Malaysia meninggalkan kesemua kru produksi dan pelakon tanpa pengetahuan plaintif dan defendan sendiri mengakui telah melanggar jadual produksi apabila pulang awal ke Malaysia ketika ditemu bual oleh pengacara rancangan Melodi yang bersiaran pada 12 April 2020.
Plaintif berhasrat menyambung penggambaran drama itu di Malaysia pada 4 Jan hingga 14 Feb 2021, namun defendan melalui surat bertarikh 14 Okt 2020 menerusi pihak pengurusannya SJ Global telah menyatakan keengganan untuk menjadual tarikh baharu pengambaran dan menyatakan perjanjian tersebut telah ditamatkan.
Oleh itu, plaintif telah mengalami kerugian dan menuntut antaranya ganti rugi RM211,477.08, faedah, kos dan relif lain yang sesuai oleh mahkamah.
Sementara itu, Muhammad Amir ketika ditemui pemberita selepas prosiding hanya berkata "selesai secara baik" manakala penerbit Elisa Vision Sdn Bhd, Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain menzahirkan kesyukuran kerana kes saman itu dapat diselesaikan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 14 2022
Ben Amir selaku defendan bersetuju membayar RM100,000 kepada plaintif, Elisa Vision Sdn Bhd. - Gambar/ IG @Ben Amir
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Kes saman selesai, Ben Amir setuju bayar RM100,000 kepada syarikat produksi
Ben Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 32, selaku defendan bersetuju membayar RM100,000 kepada plaintif, Elisa Vision Sdn Bhd.
Hmmm... Mira dengan Zul atau Mira dengan Ben?
Lakonan aktres Mira Filzah dalam filem Sangkar dan drama bersiri Sweet Dreams kini mencuri perhatian ramai!
Scha Alyahya bergaduh dengan Sharifah Sakinah?
Gempak mendapat kiriman sebuah video berdurasi 13 saat yang memaparkan dua orang pelakon, Scha Alyahya dan Sharifah Sakinah yang sedang bertegang urat.
Adakah Ben Amir dan Uqasha Senrose bercinta
Pernah didakwa menjalin hubungan cinta kerana kerap memuat naik foto bersama satu ketika dahulu, Ben menafikan perkara terbabit.