KUALA LUMPUR: Kumpulan muzik ternama dari United Kingdom, Coldplay mengesahkan bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 22 November depan.
Kemunculan mereka pada konsert yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu bersempena dengan siri jelajah Music of the Spheres World Tour.
"Live Nation Malaysia turut sama teruja sama seperti peminat-peminat Coldplay untuk menyaksikan konsert yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama itu.
"Ini bakal menjadi kemunculan sulung Coldplay di Malaysia!" kata kenyataan yang dikeluarkan penganjur konsert Coldplay, Live Nation Malaysia dalam kenyataan yang diedarkan.
Selain Kuala Lumpur, Coldplay juga akan mengadakan persembahan di Tokyo, Jepun, Jakarta (Indonesia), Perth (Australia) dan di Taipei (Taiwan).
Coldplay yang dianggotai oleh Chris Martin, Johnny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion itu popular dengan lagu-lagu seperti My Universe, The Scientist, Yellow, Hymn for the Weekend, Fix You, Viva La Vida dan banyak lagi.
Siri jelajah Coldplay telah bermula sejak Mac 2022 dan band itu telah menjadi antara artis yang menjual tiket konsert terbanyak di dunia.
Malah, band masyhur dunia itu juga pernah dianugerahkan Favourite Touring Artist tahun 2022 oleh Anugerah AMA dan Tour of the Year 2023 di Anugerah iHeartRadio baru-baru ini.
Tiket-tiket untuk menonton konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour akan dijual kepada publik pada Rabu, 17 Mei ini bermula pukul 10 pagi.
Astro Awani
Tue May 09 2023
Kumpulan muzik ternama dari United Kingdom, Coldplay mengesahkan bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 22 November depan.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Manchester City buka sekolah di Vietnam
Dwight School Hanoi sedia membentuk bakat muda di kampus termaju seluas 41,000 kaki persegi di The Manor Central Park, Hanoi.
Konsert Coldplay: Kuala Lumpur rekod kehadiran tertinggi, perolehan RM52 juta
Konsert di Kuala Lumpur juga meraih kutipan AS$10,904,369, perolehan tiket kedua tertinggi bagi Coldplay, selepas GBK.
Siti Nurhaliza tak perlu risau, final Piala Malaysia sudah atasi Coldplay
Siti mungkin tidak perlu bimbang lagi berikutan rekod kehadiran konsertnya diatasi Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil bulan lalu.
Ramai puas hati dengan Coldplay
Chris Martin siap berpantun, 'payung' peminat dengan lagu-lagu kegemaran.
PDRM buat persiapan rapi menjelang konsert Coldplay
PDRM akan menjalankan pemeriksaan tubuh badan dan beg serta barangan akan dilakukan di setiap pintu masuk dan juga selepas memasuki perkarangan stadium.
Konsert Coldplay: PM Anwar akan bincang dengan Mufti Wilayah
Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan menggesa penganjur membatalkan konsert Coldplay yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Rabu ini.
Kalah Coldplay dan Taylor Swift, Jacky Cheung buat konsert 11 hari di Singapura
Penganjur juga mendakwa persembahan selama 11 hari akan menjadikan ia sebagai persembahan terbanyak yang pernah diadakan oleh seorang penyanyi solo di Singapura.
Konsert Coldplay: Perlu ada strategi agresif bangkitkan pelancongan di Malaysia - Khairy
Konsert kumpulan rock Coldplay ditambah menjadi enam hari di Singapura terus menjadi topik hangat rakyat Malaysia ketika ini.
Konsert hari keenam Coldplay di Singapura 'sold out' dalam tempoh 2 jam
Coldplay awalnya dijadual mengadakan konsert di Singapura pada 23, 24, 26, dan 27 Januari 2024.
Malaysia terlepas peluang ekonomi Coldplay - Syed Saddiq
Singapura bakal mengutip hasil jualan tiket sebanyak RM180 juta bagi konsert selama enam hari itu.
MOTAC teliti aduan kekurangan konsert, tunggu permohonan penganjur Coldplay
MOTAC akan meneliti aduan kekurangan konsert artis luar negara membuat persembahan di negara ini.