KUALA LUMPUR: Jika anda pernah terlepas konsert Aina Abdul menerusi siri A Night With Aina Abdul, ini adalah peluang keemasan untuk anda merasai pengalaman itu menerusi A Night With Aina Abdul 3.0.

Penyanyi Aina Abdul, baru sahaja mengumumkan mengumumkan tarikh konsert terbaharu dan lokasi menerusi kemas kini di Instagramnya pada Isnin.

Lebih mengujakan apabila pelantun lagu Terus Hidup itu akan mengadakan konsert dengan skala yang lebih besar berbanding dua siri terdahulu.

Menerusi gambar promosi yang dimuat naik, konsert Aina yang ketiga akan berlangsung pada 18 November dan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil.



Bagaimanapun Aina masih belum mengumumkan tarikh jualan tiket untuk konsertnya itu.

Menerusi tinjauan Astro AWANI, peminat sudah tidak sabar untuk menghadiri konsert penyanyi yang sering tampil dengan fesyen avant-garde itu.

Peminat teruja untuk menantikan konsert ketiga Aina Abdul


Peminat teruja untuk menantikan konsert ketiga Aina Abdul


BACA: A Night With Aina Abdul 2.0: Pakai busana 'rambut', Aina tak sabar menanti komen netizen

BACA: Saya tak nak janji apa-apa tapi anda tidak akan menyesal - Aina Abdul


Terdahulu Aina Abdul berjaya memukau semua penonton yang hadir ke dua siri konsertnya iaitu A Night With Aina Abdul dan A Night With Aina Abdul 2.0 yang diadakan di Istana Budaya.

Namun persoalannya adakah harga tiket konsert akan lebih mahal berbanding sebelum ini memandangkan lokasinya lebih besar berbanding konsert sebelum ini?

Adakah Aina akan datang dengan pakaian yang lebih gah berbanding sebelum ini?

Sama-sama kita nantikan!