Kurang tiga minggu, Marvel kongsi teaser terakhir Avengers: Endgame

Nursyazwani Saiful Sham
April 3, 2019 04:06 MYT
Netizen tenyata teruja untuk menonton Avengers: Endgame yang akan mula ditayangkan pada 26 April ini.
HANYA beberapa minggu sahaja lagi sebelum filem Avengers: Endgame akan ditayangkan di seluruh dunia.
Peminat dan pengikut setia filem terbitan Marvel pasti teruja menantikan saat itu.
Apa yang menambahkan keterujaan adalah, Marvel baru sahaja melancarkan teaser terkini dan yang terakhir, sebelum ia mula ditayangkan di pawagam.
Pastinya ada klip-klip terbaharu yang ditayangkan dalam video berdurasi satu minit itu.
BACA: Marvel lancar treler kedua 'Avengers: Endgame', tampilkan Captain Marvel
Antaranya, babak di mana ahli Avengers bersatu bertentang mata dengan Thanos.
Dalam teaser terbaharu itu juga, buat pertama kalinya, watak Thanos ditunjukkan.
Sebelum ini, Marvel mendedahkan poster yang turut memaparkan Tessa Thompson, sekali gus memberi indikasi dia akan kembali dalam Endgame.
BACA: Sebulan menjelang Endgame, watak Valkyrie kembali
Netizen menerusi ruangan komen juga meluahkan perasaan teruja mereka untuk menonton filem ini yang akan mula ditayangkan pada 26 April.
BACA: Ini yang dinanti-nantikan, trailer 'Avengers 4' sudah tiba!
#Avengers #Endgame #Marvel #Tessa Thompson #teaser #trailer #Iron Man #Thanos