LOS ANGELES: Penampilan terbaharu penyanyi Gwen Stefani mengejutkan orang ramai terutama peminatnya yang mengikuti perkembangan sejak dulu lagi.

Memetik laporan news.com.au, anggota kumpulan No Doubt ini dilihat tampil dengan wajah cukup berbeza berbanding di awal kemunculannya pada tahun 1996.

Stefani yang mencecah usia 53 tahun bulan depan, muncul dalam program temubual Late Night With Seth Meyers mendapat pujian dengan penampilan yang nampak jauh lebih muda.

Luar dari kebiasaaan, pelantun lagu Don't Speak ini tampil dengan potongan rambut panjang lurus berwarna perang dengan padanan baju fesyen net yang membuatkan Gwen kelihatan seksi.


Sementara itu, akaun YouTube rancangan Late Night With Seth Meyers dibanjiri komen para peminat yang teruja dan terkejut melihat idola kesayangan mereka itu.

“Hampir tak kenal tadi,” tulis netizen.

“Nampak lain lah!,” tulis seorang lagi netizen. 

Nampaknya ramai keliru dah tidak percaya melihat wajah terbaharu Stefani yang nampak semakin muda dan seksi.

Terdahulu, Stefani mendedahkan hubungan yang bahagia bersama suami, Blake Shelton merupakan salah satu faktor rahsia awet muda.