Lata Mangeshkar meninggal dunia, India berkabung dua hari, bendera dikibar separuh tiang

Agensi
Februari 6, 2022 05:28 MYT
Penyanyi legenda India, Lata Mangeshkar meninggal dunia di Mumbai pada usia 92 tahun. - Gambar fail
MUMBAI: Penyanyi legenda India, Lata Mangeshkar meninggal dunia di Mumbai hari ini, kata Perdana Menteri,
Narendra Modi.
Seniwati legenda yang terkenal kerana merakamkan lagu-lagu latar dalam ribuan filem Bollywood menghembuskan nafas terakhir pada usia 92 tahun.
Bagaimanapun, sebab kematian mendiang yang juga ikon seni India itu belum diumumkan.
Penghibur itu dilaporkan dimasukkan ke hospital pada 11 Januari lalui selepas disahkan positif COVID-19.
Kerajaan India turut mengumumkan seluruh negara akan berkabung selama dua hari selain bendera juga akan dikibar separuh tiang dan kesemua acara hiburan ditangguhkan sebagai menghormati pemergian ikon seni yang disegani itu.
Modi merupakan antara personaliti yang begitu terkesan dengan pemergian penghibur yang telah menyumbangkan jasa yang sangat besar pada industri perfileman India selama tujuh dekad.
Dalam hantaran di akaun Twitternya, beliau menterjemahkan perasaannya sebaik mendapat khabar pemergian mendiang Mangeshkar.
"Peritnya sehingga saya kehilangan kata-kata," tulis Modi yang berkata mendiang meninggalkan khazanah yang terlalu berharga kepada negara sepanjang penglibatannya sebagai anak seni.

I am anguished beyond words. The kind and caring Lata Didi has left us. She leaves a void in our nation that cannot be filled. The coming generations will remember her as a stalwart of Indian culture, whose melodious voice had an unparalleled ability to mesmerise people. pic.twitter.com/MTQ6TK1mSO

— Narendra Modi (@narendramodi) February 6, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dilahirkan pada 1929, mendiang Mangeshkar memulakan kerjaya seninya pada usia remaja dan sepanjang 73 tahun bergelar penyanyi, beliau telah merakamkan anggaran 15,000 buah lagu dalam 36 bahasa.
#Lata Mangeshkar #COVID-19 #penyanyi legenda #penyanyi lagu latar