Lebih 3,000 terjual, peminat berkampung rebut tiket Westlife

Gempak
April 15, 2019 12:16 MYT
Difahamkan ada diantara peminat sudah mula berkampung untuk membeli tiket presale konsert Westlife The Twenty Tour Live in Malaysia sejak jam 4 petang Jumaat di Atria Shopping Gallery. - Foto Astro Gempak
BERBALOI! Itulah antara kata-kata diucapkan oleh peminat Westlife yang berjaya membeli tiket konsert mereka pada Sabtu lalu.
Difahamkan ada diantara peminat sudah mula berkampung untuk membeli tiket presale konsert Westlife The Twenty Tour Live in Malaysia sejak jam 4 petang Jumaat di Atria Shopping Gallery.
Tinjauan Gempak di lokasi tiket mendapati ada peminat siap membawa tikar, bantal dan juga makanan sementara menunggu pre-sale bermula selain berbual antara satu sama lain sambil mengimbas kembali lagu kegemaran Westlife mereka.
Menurut Pengarah Eksekutif Macpie Berhad dan juga penganjur, Ang Chee Ciang, memaklumkan lebih 3,000 keping dijual pada hari tersebut.
“Seperti sedia maklum, ramai yang menantikan kehadiran Westlife dan sambutan terhadap konsert ini sangat menggalakkan.
“secara jujurnya kami mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk berunding dengan pihak Westlife dan kami rasa amat berbesar hati kerana mendapat persetujuan dan berjaya membawa mereka ke Malaysia,” jelas Ang
Konsert Westlife ‘The Twenty Tour’ 2019 di Malaysia akan berlangsung selama dua hari berturut-turut pada 8 dan 9 Ogos 2019 di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada jam 8.30 malam.
Terdahulu, tiket pre-sale Westlife telah pun dijual pada Sabtu lalu bermula jam 11 pagi.
Untuk maklumat lanjut, layari platform media sosial MacpiePro dan Universal Music Malaysia :
Media sosial MacpiePro:
Facebook: www.facebook.com/MacpiePro , Instagram: www.instagram.com/macpiepro
Media sosial Universal Music Malaysia:
Facebook: www.facebook.com/UniversalMusicMY , Instagram: www.instagram.com/universalmusicmalaysia
#konsert #konsert di Malaysia #peminat beratur #The Twenty Tour 2019 #tiket laris #Westlife