Peminat diva pop Mariah Carey teruja dapat melihat penyanyi terkenal itu secara dekat di salah sebuah pusat membeli belah mewah di ibu kota.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu #Beautiful dan We Belong Together itu berada di Kuala Lumpur untuk konsert The Elusive Chanteuse Show.

Ia akan berlangsung pada malam ini di Stadium Merdeka.

Menerusi satu video yang dimuat naik di YouTube, Mariah membuat kemunculan di Starhill Gallery, Bukit Bintang.

Dalam video berdurasi 1 minit 41 saat itu, Mariah kelihatan keluar dari sebuah butik mewah sebelum melayan peminat-peminat beliau yang inginkan tandatangannya. Beliau kemudian memasuki sebuah butik mewah yang lain.

Beberapa peminat di media sosial berkata Mariah ke butik-butik mewah berkenaan untuk membeli maju yang bersesuaian untuk persembahan beliau malam ini.


Sementara itu, Mariah turut tweet beberapa keping gambar di Starhill Gallery bersama peminat-peminat beliau:

Mariah turut ditemani anak kembar beliau iaitu Moroccan dan Monroe yang berusia tiga tahun:

Mariah Carey


Beberapa peminat turut memuat naik gambar masing-masing:



Mariah memulakan jelajah Asia pada awal bulan Oktober di Jepun dan turut berhenti di Korea Selatan, China, Singapura, Taiwan, Filipina, Thailand.

Penyanyi terkenal itu pernah membuat persembahan di Kuala Lumpur pada tahun 2004.