FILEM Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof bakal ditayangkan di platform penstriman digital, Netflix sempena hari Malaysia.

Berita baik ini juga telah diumumkan oleh Netflix dalam satu kenyataan kepada media.

Menurut Netflix, Mat Kilau akan disiarkan secara global pada 16 September kecuali Indonesia di mana filem ini akan dilancarkan pada 14 Oktober depan.

Netflix juga mengumumkan, Mat Kilau akan menyertai 150 karya tempatan lain dalam koleksi Rekaan Rakyat.

Antara karya yang tersenarai dalam koleksi Rekaan Rakyat adalah BoBoiBoy: The Movie, Fly by Night, Maria Mariana Ii, Jimi Asmara dan banyak lagi.

Filem epik terhangat Mat Kilau ini dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Johan As'ari, Datuk Rahim Razali dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Untuk rekod, Mat Kilau mencipta sejarahnya sendiri apabila menjadi filem dengan jumlah kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman negara.

Selepas 33 hari ditayangkan di pawagam, Mat Kilau telah mengutip sebanyak RM90 juta, mengatasi filem Avengers: End Game yang mengutip RM87 juta di Malaysia sebelum ini.

Jangan lupa saksikan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan pada 16 September ini di Netflix. -Gempak