NEW YORK: Gloria Estefan menerima hadiah istimewa daripada Mattel sempena hari lahirnya yang ke-65 iaitu patung Barbienya sendiri.

Patung Barbie Gloria Estefan dikeluarkan bersempena Bulan Warisan Hispanik yang diilhamkan oleh video muzik "Get On Your Feet" dari tahun 1989.

Gloria Estefan Barbie memakai jaket hitam dengan perincian emas dan permata.

Ia termasuk aksesori tali pinggang harimau bintang dengan rantai pinggang emas dan boot tinggi.

Barbie juga akan menderma AS$25,000 kepada organisasi Musicos Latino Americanos untuk menyediakan pendidikan muzik kepada kanak-kanak.

Mattel sebelum ini telah mengeluarkan patung Barbie artis ternama seperti Cindy Lauper, Beyonce, Grace Kelly dan Audrey Hepburn.