KUALA LUMPUR: Penggemar siri animasi 'BoBoiBoy' tidak akan mahu terlepas aksi siri dan filem animasi 'Mechamato' ciptaan syarikat MONSTA yang akan ditayangkan tahun ini.
MONSTA dalam kenyataan memaklumkan sempena Oktober yang digelar bulan 'Mechatober', siri animasi 'Mechamato The Animated Series' akan tiba di saluran Netflix bermula 1 Okt ini dengan tayangan dalam enam bahasa berbeza termasuk Korea dan Jepun.
"Pada 3 Okt pukul 6 petang pula, semua penonton akan dapat mengejar siri ini di rangkaian TV9 secara percuma di seluruh negara. Selain itu, laman rasmi YouTube MONSTA CHANNEL akan turut memuat naik siri ini dalam versi bahasa Melayu.
"Tidak hanya terhenti pada bulan Oktober, siri tersebut bakal bersambung sehingga cuti sekolah hujung tahun ini di saluran televisyen tempatan TV3 bermula 4 Dis pada 10.30 pagi," menurut kenyataan itu.
Mechamato memfokuskan kepada seorang budak lelaki bernama Amato dan rakan robotnya Mechabot, yang melawan robot jahat, Amato merupakan bapa kepada watak popular BoBoiBoy.
Sementara itu, filem 'Mechamato Movie' akan mula ditayangkan di pawagam tempatan bermula 8 Dis, bersempena cuti sekolah hujung tahun ini.
"Setelah tiga tahun penantian, kemuncak yang paling dinanti-nantikan oleh para penonton filem tempatan bakal meletup dengan persembahan filem animasi 'Mechamato Movie'.
"Sama-sama kita raikan Mechamato bermula Oktober ini di mana jua anda berada," kata Ketua Jenama dan Jualan Antarabangsa MONSTA Faiz Zainal Aabidin dalam kenyataan yang sama.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Mechamato, filem 'Mechamato Movie' ialah Origin Arc (arka asal) apabila Amato kali pertama berjumpa dengan MechaBot yang terhempas ke bumi dengan robot-robot jahat yang lain.
"Dalam siri Mechamato, Amato dan MechaBot perlu menjejaki kesemua robot jahat yang terhempas dan terlepas di sekitar Kota Hilir (tempat rekaan dalam Mechamato)," menurutnya.
MONSTA juga merupakan pencipta kepada siri animasi BoBoiBoy yang telah berjaya menembusi lebih 70 negara di seluruh dunia dan dialih kepada lebih 12 bahasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 17 2022
Filem 'Mechamato Movie' akan mula ditayangkan di pawagam tempatan bermula 8 Dis, bersempena cuti sekolah hujung tahun ini. - Foto Monsta
Skuad B-23 kurang cergas - O' Donell
Aspek kecergasan perlawanan menjadi penyebab utama pemain skuad Bawah 23 Tahun negara gagal memberikan saingan terbaik pada kempen Piala Asia B-23.
Tiada rancangan tubuh tribunal tanah
Kerajaan negeri tidak mempunyai rancangan untuk menubuhkan tribunal tanah memandangkan peruntukan yang ditetapkan dalam Ordinan Tanah Sabah memadai untuk mengendalikan isu pertikaian tanah di negeri ini.
Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan
Wakil rakyat pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberi
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Enam rumah separuh kekal di Kampung Unta musnah
Sekurang-kurangnya enam buah rumah jenis separuh kekal di Kampung Unta, Lahad Datu musnah dalam kebakaran pada awal pagi Rabu.
Hampir 5 juta rakyat Malaysia berisiko hidap pradiabetes, diabetes - Lukanisman
Diabetes tidak menunjukkan simptom dan kebanyakan individu tidak sedar menghidapinya selain berkemungkinan tidak menjalani pemeriksaan awal.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 25 April hingga 1 Mei
Harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok
Jasad mendiang Laskar Kanan Joanna Felicia Rohna akan diberikan penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut di lokasi yang dipersetujui waris di Serian.
Pegawai polis lakukan amang seksual ditahan
Polis Johor menahan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja perempuan berusia 16 tahun, di kawasan Taman Johor Jaya, Isnin lalu.
Tak lepas tol kerana baki kad TnG tak cukup punca jurutol dimarah
Kejadian dipercayai berlaku selepas kereta dipandu suspek mahu melepasi Plaza Tol Segambut di DUKE pada 11.15 malam Ahad lepas.
Mahkamah tolak permohonan 186 pekebun durian Musang King
Mahkamah Tinggi menolak permohonan 186 pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah.
Malaysia berbangga! Mechamato Movie kutip RM5 juta dalam masa 3 hari
Mechamato Movie berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta hanya dalam tempoh tiga hari tayangan.
Mechamato cipta sejarah, tercalon di Anugerah Festival Anime Tokyo 2023
Mechamato akan mengeluarkan filem blokbuster yang terulung pada 8 Disember depan di seluruh pawagam negara.
'Mechamato' bakal ditayang 8 Disember ini
Penggemar siri animasi 'BoBoiBoy' tidak akan mahu terlepas aksi siri dan filem animasi 'Mechamato' ciptaan syarikat MONSTA yang akan ditayangkan tahun ini.
'Mechamato' berjaya tawan 65 negara di seluruh dunia
Animasi Mechamato berjaya memperoleh hak siaran di 65 buah negara dan dibangunkan dengan sokongan dana daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Pecah rekod! 'Boboiboy Movie 2' jadi filem animasi terlaris No.1 Malaysia
Filem animasi tempatan Boboiboy Movie 2 (BBBM2) berjaya mengutip sebanyak RM27.7 juta di Malaysia sahaja dalam tempoh 26 hari.