Mizz Nina berkolaborasi bersama bintang K-Pop

Astro Awani
Mac 27, 2013 00:29 MYT
Selepas bekerjasama dengan Colby O'Donis dan Flo Rida, Mizz Nina tampil dengan kolaborasi terbaru.
Dia memilih bintang K-Pop terkenal, Jay-Park untuk menghasilkan single bertajuk "Around The World".
Single itu diterbitkan B-Boy dan Cha Cha Malone yang pernah menerbitkan lagu "Bestie" dan "Speechless" untuk Jay-Park.
Rakaman dilakukan secara berasingan pada Disember lalu.
Namun, pembikinan video muziknya membuatkan Mizz Nina terbang ke Seoul untuk bertemu Jay-Park.
Ia Diarahkan namil Cho yang merupakan pengarah video muzik kegemaran Mizz Nina.
Video muzik "Around The World" dilancarkan di laman YouTube pada Selasa.
#Jay-Park #mizz nina