SETELAH tiga hari mendedahkan tentang perkahwinan keduanya, pengarah, penerbit dan pelakon Syamsul Yusof ‘memecah’ kesunyian di media sosial apabila memuat naik gambar-gambar perkahwinannya bersama Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar.

Lebih manis, menerusi ruangan kapsyen, Syamsul turut meminta kedua isterinya supaya bertenang dan bersabar.

“Morning! Moga kedua-dua isteriku tenang dan banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik,” tulisnya ringkas.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata pengikut Syamsul memberi respons positif terhadap hantaran yang dilakukan.

Terdahulu, Syamsul pendedahan tentang pernikahan Syamsul dan Ira Kazar mencetuskan taufan dalam kalangan netizen.

Hal ini menjadi lebih hangat apabila Puteri Sarah tampil membongkar hal-hal lain di sebalik perkahwinan yang telah mereka bina.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

* Artikel asal disiarkan di Gempak.