PERNAHKAH anda ke pawagam semata-mata untuk menikmati jalan cerita sesebuah filem tanpa mahu memikirkan kenapa dan mengapa cerita itu mengambil jalan cerita sedemikian?
Itulah mindset yang penulis bawa bersama tatkala ditugaskan untuk menonton dan membuat ulasan filem ini.
Di Barat, buah tangan terbaharu Darren Aronofsky ini ditafsirkan sebagai sebuah kiasan kepada kepercayaan Kristian. Namun penulis percaya bukan semua karya seni perlu ditafsirkan pada peringkat paling kompleks.
Tarikan utama Mother! tentulah pada heroinnya, Jennifer Lawrence sebagai Mother, dibantu Javier Barden, sebagai Him.
Secara asasnya, ia berkisarkan kepada kehidupan Mother sebagai isteri Him, penulis yang mengalami sindrom writer's block selepas insiden kebakaran rumah yang menjadi kediamannya selama bertahun-tahun.
Masalah mula timbul apabila Him cukup selesa menerima tetamu tidak diundang dan tidak dikenali ke rumah mereka.
Mother yang menghabiskan banyak masa untuk 'membina' kembali rumah yang diharapkan menjadi syurga buat mereka sekeluarga, tidak senang dengan situasi itu dan merasakan Him sengaja berbuat demikian kerana merasakan kehadirannya tidak cukup untuk memberi kebahagiaan.
Situasi pada mulanya dirasakan akan kembali seperti sediakala apabila Mother hamil, namun sebaliknya pula berlaku.
Dan bermula di sinilah keterbukaan minda anda sebagai penonton amat diperlukan.
Penulis bukan pengikut karya Aronofsky, jauh sekali penggemarnya. Dan penulis juga tidak akan berbohong dan mengatakan kiasan yang cuba disampaikannya jelas dan dapat difahami.
Tetapi di sinilah keistimewaan Mother! Penonton bebas mencorakkan tafsiran sendiri, dan tiada sesiapa yang boleh mengatakan ia salah.
Naskah seberat Mother!, pada pandangan penulis, adalah sebuah karya artistik yang dihasilkan untuk dinikmati tanpa prejudis dan penilaian. Ia tidak dihasilkan untuk diberi makna tertentu.
Mother! pilihan terbaik untuk penggemar filem yang mahukan kelainan dan karya 'di luar kotak'.
Penonton hanya perlu membawa minda yang kosong ke pawagam. Do not bring any expectations.
Mother! mula ditayangkan di seluruh negara pada 28 September.
Madiha Abdullah
Wed Sep 27 2017
Kelebihan Mother terletak pada kebebasan penonton mencorakkan tafsiran sendiri, dan tiada sesiapa yang boleh mengatakan ia salah.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Tegkang, filem terbitan Sarawak di pawagam mulai hari ini
Hampir semua penggambaran filem ini dibuat di tanah tinggi Bario, dengan anak tempatan Josh Nawan sebagai pengarah serta penulis skrip.
Filem 'Abang Adik' wakili Malaysia di Anugerah Akademi ke-97
Pemilihan filem arahan sulung pengarah Jin Ong itu dibuat hasil beberapa siri penilaian Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) Finas.
Mega Fans Screening Filem Takluk: Lahad Datu
Filem ini bukan sahaja mengangkat kisah benar yang menyentuh hati, tetapi juga memperingati keberanian para wira yang mempertahankan tanah air.
Afdlin Shauki saran pengarah muda sertai komuniti PFM
PFM mampu menjadi wadah untuk menimba ilmu berkenaan kaedah yang tepat menghasilkan filem, daripada mereka yang lebih berpengalaman.
Perlu strategi tepat, karya yang betul untuk tembusi pasaran Indonesia - Erma Fatima
Erma percaya strategi yang mantap, selain karya yang betul dan berkualiti adalah kunci untuk menjayakan misi tersebut.
Usanita perkukuh kerjasama kreatif di Jakarta, tembusi pasaran serantau
Usanita Sdn Bhd berjaya menyelesaikan misi penting tiga hari di Jakarta yang memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkukuh kolaborasi dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Dune: Part Two sajian epik penuh estetika
Dune: Part Two meneruskan kisah epik Paul Atreides yang bertukar daripada seorang bangsawan menjadi pemberontak sekali gus pejuang.
Finas diminta teliti skim wajib tayang - Fahmi
Terdapat sedikit masalah dengan skim sedia ada yang menyebabkan sesetengah pihak mengambil kesempatan menyiapkan filem-filem mereka.
Festival Filem Iran Malaysia 2024 tayang enam filem terbaik Iran
Enam filem terbaik itu ialah Henas, The Painting Pool, Track 143, Bodyguard, No Prior Appointment dan Today.