PELAKON Ungku Ismail memaklumkan Nad Zainal terpaksa bergantung semula kepada alat bantuan pernafasan apabila paru-paru aktres tersebut masih belum kuat untuk berfungsi sendiri.

Ungku yang sempat menziarahi Nad petang Jumaat menjelaskan tahap oksigen aktres tersebut mulai merosot menjelang waktu malam.

“Nad Zainal kena intubate (bantuan pernafasan) semula. Ini adalah kerana paru- parunya masih belum cukup kuat untuk dia bernafas sendiri, walaupun dengan penggunaan high flow oxygen mask di ICU.

“Semalam pukul 3PM saya ziarah, dia sudah sedar daripada sedation (ubat penenang), dia angguk lebih lega dengan intubation sebagai oksigen dia merosot menjelang malam extubate itu,” ujarnya.

Ungku Ismail memaklumkan perkara berkenaan menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram Stories miliknya.

Dalam masa sama, Ungku Ismail turut memohon orang ramai agar tidak putus mendoakan kesembuhan ibu kepada dua cahaya mata itu.

“Sahabat semua, peminat, netizen yang prihatin dan menyayangi dia, teruslah titipkan doa agar Allah Sembuhkan paru paru dia jadi kuat dan dapat berfungsi seperti biasa semula.

“Kami pohon Yaa Robbana Keajaiban, agar pulih semula paru parunya seperti sedia kala. Tiada apa yang boleh Mengizinkan penyakit ini kecualiNya, Tiada apa yang boleh menyembuhkan kecuali-Nya,” tambahnya.

Terdahulu, Ungku Ismail berkongsi perkembangan Nad dengan memaklumkan dia sudah menunjukkan perkembangan positif apabila tidak lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan. -- Gempak