Najwa Mahiaddin 'berteka-teki' di media sosial

Azyyati Ahmad
Disember 4, 2017 06:21 MYT
Najwa berkongsi bakal mengadakan satu pengumuman 'penting' yang akan didedahkan penyanyi ini esok.
PENYANYI Najwa Mahiaddin dalam twit terbaharunya bagai memberi gambaran bakal keluar dengan buah tangan baru buat peminat yang sudah lama menantikan lagu-lagu baru dari penyanyi bersuara emas ini.
Dalam twit itu, Najwa turut mengenang kembali perjalanannya sebagai seorang penyanyi dengan menulis bahawa seawal usianya tiga tahun dia sudah mahu belajar bermain piano.
Dia juga berterima kasih kepada peminatnya selama ini yang tidak putus menyokong sehingga dia berjaya mencipta nama di dalam bidang seni suara.
Sehubungan itu, Najwa berkongsi bakal mengadakan satu pengumuman 'penting' yang akan didedahkan penyanyi ini esok.

pic.twitter.com/XmhyR2McBI

— Najwa Mahiaddin (@najwamahiaddin) December 3, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Najwa merupakan satu-satunya penyanyi dalam industri muzik tempatan masa kini yang memperjuangkan jenama R&B-pop beliau yang tersendiri.
Penulisan dan susunan lagu nyanyiannya benar-benar menarik dan mendapat tempat di pasaran muzik balada Melayu seperti Got To Go dan Impian Terindah.
Kali terakhir Najwa menghasilkan album adalah pada tahun 2014 iaitu Aurora.
#Album #artis #Aurora #Got to Go #Impian Terindah #Najwa Mahiaddin #penyanyi #piano #pop #R&B