PASANGAN personaliti media sosial Ryzal Ibrahim dan isterinya Maryam You Narae menyambut kelahiran bayi perempuan mereka di sebuah pusat perubatan swasta pada Khamis.

Menerusi laman sosial Instagram, Ryzal dan Maryam berkongsi foto bayi perempuan mereka untuk tatapan umum.

Ryzal turut mengumumkan bayi tersebut diberikan nama Rina bersempena gabungan nama mereka, Rizal dan Narae.


"Alhamdulillah, baby dan Maryam sihat. Allah mudahkan bersalin.

"Terima kasih semua mendoakan saya,” tulis Maryam di ruangan kapsyen.


Sementara itu di ruangan komen, perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah dan doa daripada rakan selebriti dan wargamaya.

“Alhamdulillah, tahniah Maryam dan Ryzal,” komen Indah Ruhaila.

“Alhamdulillah, congrats to both of you,” ujar Erra Fazira.

“Alhamdulillah, semoga sesi berpantang dilalui dengan segala kemudahan dari Allah SWT,” doa seorang warga maya.

“Comey, congrats to both of you. Selamat berovernight hihi,” usik seorang warga maya.

Terdahulu, Maryam mengumumkan dirinya hamil menerusi sebuah video di saluran YouTube mereka.