KUALA LUMPUR: Netflix mengeluar 'teaser' ringkas untuk musim kedua drama popularnya Squid Game yang menjadi fenomena sebelum ini.

Teaser ringkas itu turut disertakan mesej daripada pencipta, penulis, pengarah dan penerbit eksekutif Hwang Dong-Hyuk, pada Isnin.


Netflix memuat naik di Twitter babak dalam salah satu permainan ngeri yang dimainkan dalam Squid Game.

“Ia mengambil masa 12 tahun untuk menghidupkan musim pertama Squid Game tahun lepas. Tetapi ia mengambil masa 12 hari untuk Squid Game menjadi siri Netflix paling popular yang pernah ada.

“Sebagai penulis, pengarah dan penerbit Squid Game, laungan besar kepada peminat di seluruh dunia. Terima kasih kerana menonton dan menyukai rancangan kami,” menurut kenyataan pengarah Hwang.


Kenyataan Hwang diteruskan dengan mengusik sedikit cerita untuk musim susulan, mendedahkan bahawa watak protagonis Seong Gi-hun (Lee Jung-jae) dan antagonis bertopeng Front Man (Lee Byung-hun) akan kembali.

Secara ringkasnya, musim pertama menandakan rancangan televisyen terbesar penstrim itu, mencatatkan 1.65 bilion jam tontonan dalam empat minggu pertama tayangannya pada musim luruh lalu.

Selepas Hwang membayangkan musim kedua dalam beberapa minggu berikutan kejayaan rancangan itu, CEO bersama Netflix Ted Sarandos secara rasmi mengesahkan lebih banyak episod sedang sedang dalam pembikinan pada bulan Januari.

Sejak itu, Hwang telah menyatakan bahawa episod mungkin akan ditayangkan pada penghujung 2023 atau permulaan 2024.