SUBANG JAYA: Penyanyi, Noh Salleh didakwa sudah bertunang dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Fatin Athirah Mustapa di Putra Heights.

Sumber akhbar tempatan, Harian Metro mendakwa, majlis berkenaan diadakan secara tertutup melibatkan keluarga dan rakan terdekat dan turut menetapkan tarikh perkahwinan pada 23 September ini

Menurut sumber, wanita itu merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Terdahulu, Noh yang juga merupakan vokalis kumpulan Hujan berkahwin dengan penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011.

Namun pasangan itu berpisah pada awal Ogos 2022.

Noh dan Mizz Nina tidak dikurniakan cahaya mata namun memiliki seorang anak angkat, Musa.