Noh Salleh nafi bersara, bakal muncul dengan dua album

Astro Awani
April 14, 2014 08:52 MYT
Noh Salleh menafikan khabar angin dia ingin bersara daripada dunia nyanyian seperti isterinya, Mizz Nina.
Malah penyanyi itu bakal muncul dengan dua album iaitu satu karya solo serta album bersama kumpulan Hujan.
Album solonya, Noh Salleh dijangka berada di pasaran selepas sambutan adilfitri dan single terbaru, Angin Kencang sudah menemui peminat.
Noh yang membina nama bersama Hujan juga sedang giat menghasilkan album khas sempena ulang tahun ke-10 kumpulan itu.
Noh ditemui sewaktu pelancaran album Altimet, Kota Rayaku di Petaling Jaya baru-baru ini.
#angin kencang #hujan #mizz nina #Noh Salleh