PASANGAN pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana telah selamat mengikat tali pertunangan pada Sabtu.

Memaklumkan khabar gembira itu di Instagram, pasangan terbabit memuat naik beberapa foto Syafiq menyarungkan cincin di jari manis Mimi Lana.

"One step closer (satu langkah ke hadapan), insya-Allah. Alhamdulillah," tulis Mimi Lana berserta tagging akaun Syafiq.



Manakala Syafiq turut berkongsi beberapa foto sempena hari pertunangan mereka.

"Counting days (tunggu masa). 1 2 3 actions (beserta emoji sebentuk cincin)," tulis Syafiq.


 
Syafiq sebelum ini seakan-akan memberikan bayangan mereka bakal berkahwin tahun ini.

Untuk info, pasangan ini mula berkongsi tentang hubungan istimewa mereka sekitar tahun 2019.

Bagaimanapun, sekitar Mei 2020, hubungan mereka dikatakan putus sebelum menjalinkan hubungan semula beberapa bulan kemudian. - Gempak