'Payah juga nak terima mula-mula, tapi...' - Fouziah Gous kembali berlakon

Gempak
Jun 22, 2019 08:15 MYT
Fouziah mulai aktif di industri hiburan tempatan pada 2005 dan berjaya mempertahankan popularitinya sehingga kini. - Astro GEMPAK
PELAKON Datin Fouziah Gous kembali berlakon setelah lama tidak muncul di kaca televisyen.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Fouziah, kembalinya dia ke dunia lakonan merupakan sedikit hadiah kepada mereka yang selalu bertanya dan merindui lakonannya.
"After so long I am back on screen (drama kan diri), tapi tak lah main character ya, payah nanti nak jaga anak-anak dan business.
"Payah juga nak terima mula-mula, tapi ini adalah sedikit hadiah untuk orang yang selalu sangat tanya soalan cepumas bila nak berlakon, rindu nak you berlakon dan sewaktu dengannya," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan mengucapkan selamat berjaya buat Fouziah.
Sedikit info mengenai Fouziah, pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2005 dan berjaya mempertahankan popularitinya sehingga kini.
#Fouziah Gous #Instagram #kembali berlakon #pelakon #selamat berjaya #televisyen