LOS ANGELES: Pelakon veteran terkenal era 70-an Cindy Williams meninggal dunia pada usia 75 tahun.

Menurut kenyataan keluarganya pada Isnin, Cindy meninggal dunia di Los Angeles pada Rabu selepas menghidap sakit.

"Kami berasa amat dukacita di atas pemergian ibu yang baik hati, Cindy Williams.

"Pemergiannya telah membawa kesedihan yang tidak dapat diungkap.

“Mengenali dan menyayanginya adalah kegembiraan dan keistimewaan buat kami.

"Mendiang seorang yang baik hati, cantik, pemurah dan suka berjenaka dan memiliki semangat yang disukai semua orang,” tulis kenyataan oleh anak-anaknya Zak dan Emily Hudson dan dikeluarkan jurucakap keluarga, Liza Cranis.

Cindy menempa nama dalam sitkom "Laverne & Shirley" dari 1976 hingga 1983, antara rancangan paling popular di TV ketika itu.

Dia juga pernah membintangi filem "American Graffiti" arahan George Lucas pada tahun 1973 dan "The Conversation" arahan Francis Ford Coppola pada 1974.