PELAKON veteran era 50-an Patricia Bosworth, 86, dilapor meninggal dunia di Manhattan, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis akibat komplikasi jangkitan koronavirus.

Mendiang terkenal dengan watak biarawati bersama Audrey Hepburn dalam filem “The Nun’s Story” pada tahun 1959.

Anak tirinya Fia Hatsav mengumumkan pemergian Patricia diakibatkan pneumonia yang berpunca daripada jangkitan COVID-19.




Beliau pernah mendapat tunjuk ajar daripada pelakon terkemuka Marilyn Monroe, Paul Newman, Steve McQueen dan Jane Fonda di era kegemilangannya.

Pada era 1950- dan 1960-an, mendiang muncul dalam beberapa teater Broadway, termasuk “Inherit the Wind,” selain siri televisyen antaranya “Naked City” dan “The Patty Duke Show”.

Patricia berhenti berlakon pada era 60-an dan mula berkecimpung dalam bidang penulisan sebagai penulis biografi serta wartawan di New York Times, New York, Mirabella dan Working Woman.

Mendiang kemudian dilantik sebagai pengarang jemputan di majalah Vanity Fair pada tahun 1994.