PROGRAM realiti kembara perlumbaan 'The Amazing Race' digantung pembikinannya buat sementara waktu gara-gara penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.

Menurut jurucakap syarikat penyiaran CBS, ini merupakan satu langkah berjaga-jaga terhadap wabak yang telah mengorbankan hampir 3,000 orang di seluruh dunia.

"Disebabkan peningkatan kebimbangan dan ketidakpastian mengenai coronavirus di seluruh dunia, CBS dan pengeluar 'The Amazing Race' telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggantung sementara produksi musim ke-33 siri ini," kata jurucakap itu.

Pihak CBS turut memaklumkan bahawa tiga episod untuk musim baharu ini telah selamat dijalankan pengambarannya.

Pada masa sama filem aksi "Mission: Impossible" yang dilakonkan oleh Tom Cruise yang dijadualkan mengadakan pengambaran di Itali juga terpaksa ditangguhkan kerana wabak tersebut kata Paramount Pictures.

Rancangan yang dikendalikan oleh Phil Keoghan merupakan rancangan televisyen pertama yang terpaksa ditunda penggambarannya kerana masalah wabak COVID-19.