Lagenda Jazz dan R&B, Al Jarreau, yang pernah memenangi anugerah Grammy sebanyak tujuh kali, meninggal dunia pada usia 76 tahun, sehari selepas beliau mengumumkan bersara dari mengadakan siri jelajah atas masalah kesihatan.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu "We're in This ove Together" dan "Moonlighting" menghembuskan nafas terakhir pada Ahad di Los Angeles.

Perkara tersebut diumumkan di laman Facebooknya dan tidak dinyatakan sebab kematian penyanyi terkenal itu.

Jarreau yang dianggap antara penyanyi jazz terbaik dimasukkan ke hospital mingggu lepas dan diminta membatalkan siri jelajah yang dirancang tahun ini.