Perkhidmatan iCloud Apple alami masalah, tidak boleh diakses

Astro Awani
Januari 26, 2022 04:52 MYT
Mengikut laporan pengguna di laman web Downdetector, 89 peratus laporan berkait masalah untuk mengakses masuk ke perkhidmatan tersebut. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan storan awan Apple, iCloud dilapor mengalami masalah pada Rabu apabila pengguna mengalami masalah menggunakan beberapa perkhidmatan Apple iCloud.
Antara masalah yang dialami adalah iCloud Backup, iCloud Mail dan iCloud Photos.
Mengikut laporan pengguna di laman web Downdetector, 89 peratus laporan berkait masalah untuk mengakses masuk ke perkhidmatan tersebut, sementara sembilan peratus mengalami masalah emel manakala dua peratus lagi melaporkan perkhidmatan itu beroperasi dengan 'lembap'.
Masalah tersebut disahkan oleh Apple menerusi laman web System Status.

Note: Apple iCloud is experiencing international service outages at the present time; incident not related to country-level internet disruptions or filtering #iCloudDown pic.twitter.com/Ca6EMRD68p

— NetBlocks (@netblocks) January 26, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Disebabkan masalah tersebut masih berterusan, iCloud Backup, Mail dan Photos bersama Game Centre dan iMessage turut mengalami masalah yang sama bagi sesetengah pengguna.
Apple bagaimanapun tidak menyatakan tempoh masa perkhidmatan itu akan kembali beroperasi seperti biasa.
Dianggarkan sejumlah 850 juta pengguna seluruh dunia menggunakan perkhidmatan itu sejak tahun 2018.
#Apple #iCloud #Apple iCloud bermasalah #tidak boleh login iCloud